Home » Langit Terbuka » Semua jemaah haji Malaysia kini di Makkah

Semua jemaah haji Malaysia kini di Makkah

Kesemua jemaah Haji Malaysia kini berada di Makkah. - Lifestyle.okzone

MAKKAH – Semua jemaah haji yang tiba ke Tanah Suci telah berada di Makkah pada pukul 1 tengah hari semalam, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini (24 Julai).

Kenyataan itu memberitahu lebih 17,800 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah yang mana jumlah itu adalah kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia yang menunaikan haji tahun ini.

“Mulai semalam juga tiada lagi jemaah haji di Madinah, semua 100 peratus jemaah haji di Makkah,” kata kenyataan itu.

Penerbangan haji berlepas 4 hingga 17 Julai lepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Abdul Aziz, Madinah, manakala penerbangan haji yang berlepas pada 18 Julai hingga 5 Ogos ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah. – Bernama

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *