Home » Citra Yadim » Seminar Pembangunan Islam di Malaysia

Seminar Pembangunan Islam di Malaysia

KOTA BHARU 1 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program Seminar Pembangunan Islam Di Malaysia pada 13 November lalu bertempat di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas, Kelantan.

Program yang dihadiri oleh 500 peserta itu telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menter,  Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B).

Manakala barisan para penceramah terdiri daripada Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang Dan Politik, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul  Aziz.

Program ini bertujuan menanam kefahaman di kalangan masyarakat akan peranan kerajaan dalam memperkasakan agama Islam serta menzahirkan kepada masyarakat bahawa kerajaan Malaysia akan terus meletakkan Islam di arus tertinggi dalam mainstream pembangunan negara.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membuka wawasan pemikiran Islam global dan glokal, selain memberi penjelasan kepada para peserta mengenai isu-isu semasa yang melanda negara.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *