PORT DICKSON- Dengan ancaman pelbagai fahaman, budaya dan haluan ketika ini, wujud keperluan untuk memantapkan pegangan akidah umat Islam di negara ini.
Bertitik tolak daripada itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 29 Disember telah menganjurkan Seminar Pemantapan Aqidah di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.
Diadakan dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan MPPD, seramai 150 kakitangan awam menyertai program ini.
Selain penerangan isu isu semasa, para peserta juga diberi penjelasan tentang persoalan berkaitan akidah
Dua panel berwibawa, Ustaz Maulana Muaz Roslan dan Ustaz Abdul Rahman Harman Shah Raniri merupakan penceramah bagi program ini.
YADIM Negeri Sembilan diwakili penyelarasnya, Ustaz Hassanal Haris sementara Cuepacs pula oleh Pengerusi Negeri Sembilan, Muhammad Baddri Ahmad.
KOMEN