MUAR – Terus menyumbang kepada pemantapan kefahaman masyarakat, YADIM Johor menganjurkan program Sembang Santai Malaysia Madani di Dewan Serbaguna Kampung Kenangan Tun Dr Ismail, Muar, pada 8 September.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin memberi pengisian kepada lebih 100 peserta terdiri daripada ahli Kawasan Rukun Tetangga dan Ketua Kampung dalam Daerah Muar.
Sebagai memastikan pemahaman dan interaksi dua hala, diadakan sesi soal jawab di akhir program.
Siri dialog sebegini akan dilaksanakan lagi di seluruh negeri Johor selepas ini.
Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah turut hadir ke program ini.
KOMEN