Home » Citra Yadim » Semarak Maal Hijrah Zon Selatan

Semarak Maal Hijrah Zon Selatan

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Bagi menyemarakkan lagi kedatangan tahun baru Hijrah 1438H, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Selatan telah menganjurkan beberapa program yang melibatkan golongan banduan serta penduduk setempat.

Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (Yadim) Zon Selatan, Muhamad Ammar  Abdullah berkata, program pertama yang diadakan adalah Forum Hijrah : Hijrahku Kerana Allah dan Rasul, telah diadakan pada 13 Oktober 2016 di Penjara Kem Mahkota Keluang.

“Program ini diadakan dengan tujuan mengingati dan menghayati peristiwa hijrah Nabi serta memberi pendedahan pentingnya berhijrah kerana Allah dan Rasul bagi setiap individu Muslim.

“Untuk kali pertama ini, seramai 350 orang peserta telah turut serta dan mereka telah diberikan pendedahan terhadap maksud hijrah itu sendiri yang amat relevan kepada mereka yang sebelum ini pernah melakukan kesilapan tetapi mahu kembali ke pangkal jalan,’’ katanya.

Menurutnya, selain program di penjara itu, Yadim Zon Selatan juga telah mengadakan program Jom Hijrah Menuju Syurga pada  14 Oktober 2016 lalu melibatkan kariah Masjid Taman Puteri Johor Bahru dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK) Taman Puteri.

Beliau berkata, melalui program ini, diharapkan dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah melalui penghayatan kepada  ceramah yang banyak menyentuh mengenai peristiwa hijrah dan signifikannya kepada kemajuan ummah.

Jelasnya, seramai 200 orang turut serta dalam program ini dan secara amnya ia telah sedikit sebanyak membentuk sahsiah diri kepada para peserta agar mampu memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *