Home » Langit Terbuka » Seluar dalam Jalur Gemilang biadab

Seluar dalam Jalur Gemilang biadab

KUALA LUMPUR 3 Okt. –Tindakan sekumpulan penonton warga asing yang memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang sewaktu menyaksikan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam adalah sesuatu perbuatan yang biadap.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali yang menyifatkan perkara itu menambah, kesemua sembilan pelancong warga Australia yang ditahan itu tidak menghiraukan senstiviti dan budaya di negara ini.

“Bagi saya di mana-mana sahaja, sebagai pelancong kena menjaga adab, bukan setakat di Malaysia sahaja, malah di serata dunia.

“Kami mengambil serius tentang isu ini. Sejurus kami dapat maklumat tentang insiden ini, pihak keselamatan SIC segera menahan dan menangkap mereka yang terlibat serta diserahkan kepada polis.

“Saya berharap polis akan mengambil tindakan yang serius kerana mereka telah memalukan negara kita dengan perbuatan tidak bermoral terutama ketika berlangsungnya acara besar seperti F1,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 5 petang semalam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Malah, siasatan awal mendapati kesemua warga Australia yang ditahan itu dibawah pe­ngaruh alkohol, dengan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang itu merupakan produk keluaran Budgy Smuggler dari negara mereka.

Mengulas lanjut, Razlan berkata, perbuatan bodoh tersebut secara tidak langsung telah memburukkan nama negara mereka sendiri dan menjadi satu pengajaran kepada pelancong lain.

“Kami tak adalah sampai nak periksa seluar dalam setiap penonton yang hadir dalam usaha mengelakkan perkara ini berulang. Cuma perkara ini menjadi satu iktibar kepada pelancong agar mereka lebih peka terhadap senstiviti dan budaya Malaysia,” katanya.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *