BAITULMAQDIS: Presiden Paraguay, Horacio Cartes merasmikan misinya di Israel di sini semalam, menjadikannya negara ketiga mengambil langkah amat kontroversi selepas Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala.
Cartes dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercakap dalam pengisytiharan kedutaan baharu itu di sebuah taman industri teknologi tinggi di barat daya bandar ini.
Pemimpin Paraguay itu menggelar pengisytiharan terbabit sebagai acara bersejarah.
“Ia menzahirkan persahabatan ikhlas Paraguay dan sokongan terhadap Israel,” katanya.
Netanyahu berkata, kerjasama antara dua negara akan lebih besar termasuk dalam bidang pertanian, keselamatan dan teknologi.
Paraguay membekalkan kira-kira 40 peratus daging lembu di Israel sementara Cartes mengambil pengawal peribadi negara Yahudi itu.
Negara Amerika Selatan dengan tujuh juta penduduk itu, mengikut jejak langkah AS, yang memecahkan berdekad persetujuan antarabangsa apabila Presiden Donald Trump mengisytiharkan bandar ini sebagai ibu negara Israel, Disember lalu.
Guatemala membuka misinya di taman sama seperti Paraguay pada 16 Mei lalu.
Langkah Paraguay itu dikecam Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, mengatakan, tindakan memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis adalah langkah ditolak secara meluas. –AFP
KOMEN