Home » Langit Terbuka » Selangor pantau ajaran sesat, tiada kompromi kenakan tindakan

Selangor pantau ajaran sesat, tiada kompromi kenakan tindakan

EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Fahmi Ngah di Setia Alam City Mall pada 25 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerajaan Negeri tidak teragak mengenakan tindakan tegas kepada kumpulan yang bergerak aktif menyebarkan ajaran sesat di Selangor, kata EXCO agama Islam.

Justeru Dr Mohammad Fahmi Ngah memberi amaran kepada penggerak ajaran sesat di negeri ini agar tidak terlalu gembira kerana pemantauan rapi sedang dibuat oleh pihak berwajib.

“Ada (ajaran sesat) dan saya berikan jaminan kepada semua, mereka dalam pemantauan rapi negeri dan pihak berkuasa.

“Amaran kepada kumpulan ini jangan terlalu gembira kerana anda semua dipantau. Kita ambil tindakan sewajarnya dan tak ada toleransi,” katanya kepada Selangorkini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata satu program kesedaran secara dalam talian bakal diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai mengenal ciri-ciri ajaran sesat.

“Kita akan berikan panduan cara kenal pasti ajaran yang salah. Ini fokus kepada anak muda. Selain itu ada juga isu lain diketengahkan termasuk nikah, cerai,” katanya.

Pada Disember 2022, Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya dan Jabatan Agama Islam Selangor memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif.

Antaranya adalah ajaran Millah Abraham@ Ibrahim, Al-Arqam@Rufaqa’, Qadiani@Ahmadiah dan fahaman Syiah.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *