SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di negeri itu mulai 1 Julai depan.
Â
JAIS menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, majlis akad nikah itu dibenarkan dilaksanakan di pejabat JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja.
Â
Menurutnya, hanya bakal pengantin yang telah mendapat tarikh temu janji dibenarkan melangsungkan pernikahan pada hari ditetapkan.
Â
“Kehadiran dihadkan kepada pengantin lelaki, wanita dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar,” menurut perkongsian tersebut pada 25 Jun.
Â
Dalam kenyataan sama, JAIS memaklumkan bakal pengantin perlu memastikan telah mendapat kebenaran berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun 2021 dan keputusan ujian saringan HIV pasangan masih sah.
Â
“Bakal pengantin juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh 72 jam atau tiga hari sebelum majlis. Keputusan saringan perlu dikemukakan kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.
Â
“Selain itu pihak terlibat juga wajib mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan. Tindakan tegas boleh diambil jika mereka gagal mematuhi peraturan tersebut,” katanya.
Â
Dalam pada itu, kenyataan itu menegaskan bahawa Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh membatalkan atau menangguhkan majlis perkahwinan jika terdapat pelanggaran peraturan itu. – Sinar Harian
Â
Â
KOMEN