PUTRAJAYA – Hari ini adalah hari yang amat bersejarah kepada semua agensi agama kerana telah menerima kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri agama yang baru.
Kehadiran Yang Berhormat Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Yang Berhormat Fuziah Salleh ke Kompleks Islam Putrajaya disambut oleh Ketua – ketua agensi agama dengan penuh hormat.
Kelmarin kedua-dua Ahli Parlimen tersebut telah mengangkat sumpah untuk menggalas tugas sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam).
Perlantikan ini sangat-sangat ditunggu oleh semua warga agensi agama Islam termasuk YADIM berikutan kekosongan yang ditinggalkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang terdahulu berdasarkan keputusan Pilihanraya Umum yang ke 14.
Perlantikan ini sangat diharapkan akan terus memacu Islam yang cemerlang melalui pengamalannya di Malaysia ini sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
Semoga dengan sentuhan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Yang Berhormat Fuziah Salleh menjadikan Islam terus terpelihara berdasarkan pengalaman dan kebijaksanaan kedua-duanya.
KOMEN