BOTA – Terjejas punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini mengakibatkan keluarga Azizan Isa,43, berdepan pelbagai kesukaran.
Dengan tiada pendapatan tetap kini, menyebabkan dia buntu memikirkan tentang bagaimana mahu menyara lapan anaknya yang berusia antara sebulan hingga 17 tahun itu.
Kisah keluarga ini sampai kepada YADIM menerusi pihak pihak yang prihatin. Justeru pada 13 November, menerusi Bahagian Khidmat Bakti, badan dakwah ini berkunjung ke kediaman Azizan di Taman Seri Iskandar di sini bagi menyampaikan sedikit sumbangan.
Barangan keperluan harian dan wang tunai sebanyak RM1,000 disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya kepada Azizan.
Terharu dengan sumbangan ini, Azizan mengucapkan terima kasih dan merakamkan berbanyak penghargaan. Menurutnya sumbangan itu sekurang kurangnya dapat membantu makan dan minum keluarganya.
Dalam pada itu, pada hari yang sama, YADIM juga melaksanakan kerja kerja sanitasi di
Masjid Ahmadi Changkat Ibol, Changkat Jering, selain mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa penaja Sukarelawan YADIM (SAY) Bukit Gantang dan SAY Batu Kurau.
Edaran daging korban YADIM juga diadakan.
KOMEN