Home » Langit Terbuka » Sekatan EU Terhadap Kelapa Sawit Ditarik Balik

Sekatan EU Terhadap Kelapa Sawit Ditarik Balik

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Kelapa Sawit (MPOC), Datuk Dr. Kalyana Sundram, antara faktor utama kejayaan ini merupakan hasil desakan Malaysia dan lain-lain negara pengeluar minyak

KUALA LUMPUR – Negara mencatatkan satu kejayaan apabila pada Khamis lalu Pakatan Kesatuan Eropah (EU), iaitu Parlimen, Majlis Eropah dan Suruhanjaya Eropah mencapai persetujuan untuk menarik balik sepenuhnya sekatan penggunaan minyak sawit dalam biofuel mulai 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Kelapa Sawit (MPOC), Datuk Dr. Kalyana Sundram, antara faktor utama kejayaan ini merupakan hasil desakan Malaysia dan lain-lain negara pengeluar minyak kelapa sawit melalui sekatan yang diputuskan pada April 2017 melalui satu resolusi EU, yang kononnya untuk kelestarian alam sekitar global.

“Sejak sekatan itu diluluskan, EU menerima pelbagai desakan dan kecaman dari negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit terutamanya Malaysia dan Indonesia dan mereka meneliti dan mengambil kira semua desakan-desakan tersebut yang berlangsung selama 18 bulan tanpa henti.

“Akhirnya mereka menarik balik sekatan tersebut dan MPOC serta seluruh rakyat negara ini sangat mengalu-alukan penarikan balik sekatan ini dan keputusan yang dibuat sememangnya tepat pada masanya,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Sawit, MPOC Kelana Jaya dekat sini, hari ini.

Malaysia sebelum ini begitu mendesak (EU) untuk tidak mengenakan sekatan itu selepas Parlimen Eropah telah mengundi dengan memihak kepada draf undang-undang mengenai tenaga boleh diperbaharui yang mencadangkan penggunaan minyak sawit dalam biofuel dilarang mulai 2021.

EU memberikan alasan komoditi yang digunakan secara meluas itu akan menjejaskan hasrat Eropah untuk melestarikan sektor pengangkutannya jika digunakan sebagai biodiesel.

Sebagai pengeksport minyak sawit utama dunia, Malaysia dan Indonesia akan terjejas dengan langkah tersebut. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *