Home » YADIM MADANI » Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kampung Semungkis

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kampung Semungkis

PELBAGAI Ejen Dakwah YADIM dan rakan strategik berganding bahu menjayakan program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kampung Semungkis, daerah Hulu Langat pada 29 dan 30 Ogos.
Dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Madrasah Ahmadiah Diniah, SEBATI Madani ini dipenuhi dengan pelbagai pengisian bermanfaat.

Antaranya termasuklah pengisian Interaktif oleh Daie Komuniti YADIM Ustaz Nasrullah Amran yang membicarakan tentang semangat hubbul watan memacu Teras Malaysia Madani sempena kemerdekaan bertempat di Surau Ahmadiah Diniah, Kampung Sungai Semungkis.

Pada hari yang berikutnya, bertempat di Masjid As-Syabab di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua diadakan kuliah Jumaat dengan tajuk ‘Hubbul Watan’ oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri SelangorUstaz Khubaib Asmadi, manakala pada sebelah malam di Masjid Masjid Al-Ehsan Sungai Serai, kuliah maghrib turut diadakan yang disampaikan oleh seorang lagi Ahli Zamalah YADIM Negeri Selangor, Ustaz Abdul Haris Bain juga dengan topik yang sama.

Di masjid tersebut, YADIM Negeri Selangor turut menyampaikan sumbangan Bakul Madani kepada 20 orang asnaf yang memerlukan di sekitar Kampung Sungai Serai, Hulu Langat.

Pada sebelah malam juga, diadakan pertandingan futsal Piala Merdeka dengan kerjasama Surau Ahmadiah Diniah bertempat di Padang Futsal Kampung Sungai Semungkis yang disertai komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat.

YADIM Negeri Selangor turut menghantar pasukan futsal untuk bertanding bersama-sama masyarakat setempat bagi memeriahkan suasana sambil mengeratkan hubungan dengan mereka.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *