Home » Langit Terbuka » Sebar dakwah agama lain kepada umat Islam bertentangan Perlembagaan

Sebar dakwah agama lain kepada umat Islam bertentangan Perlembagaan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tiga individu cuba menyebar risalah agama Kristian di tempat awam di Desa Setapak, di sini, Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (WP) menegaskan perbuatan menyebarkan dakwah agama lain kepada umat Islam di negara ini adalah bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Muftinya, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan, agama-agama selain Islam tidak boleh disebarkan kepada seseorang yang beragama Islam.

“Setiap warga di negara ini perlu mematuhi undang-undang dan menghormati peruntukan perlembagaan iaitu Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pihaknya memandang serius video tular beberapa individu didakwa cuba untuk menyebarkan ajaran Kristian di depan sebuah pasar raya di Desa Setapak.

Ujar beliau, Jabatan Mufti WP menyokong penuh kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang meminta orang awam memberi ruang dan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci.

“Jabatan Mufti WP dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga sedang mengesan individu-individu yang terbabit dalam video berkenaan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau kebencian atas alasan agama,” katanya.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *