PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya tidak begitu ‘mulia’ untuk dinamakan sebagai calon Anugerah Nobel.
Ketika ditanya media apakah reaksi beliau apabila wujud usaha menamakannya sebagai calon untuk Anugeral Nobel.
Mahathir hanya ketawa dan memberikan respons ringkas.
“Haha Nobel Prize winner? I am not so noble (Menang anugerah Nobel) ?Saya tak begitu mulia),” katanya.
Sebelum ini satu kempen dalam talian dilancarkan pada 26 Mei untuk menamakan perdana menteri ketujuh Malaysia itu sebagai calon anugerah Nobel yang dianggap berprestij di dunia.
Selepas dimulakan petisyen berkenaan menarik sokongan kira-kira 26,300 penandatangan.
Petisyen tersebut dikatakan dibuat sebagai usaha untuk mengiktiraf usaha Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia. – SINAR HARIAN
KOMEN