Home » Langit Terbuka » Saya terima banyak aduan aktiviti dakwah Kristian – Dr Chandra Muzhaffar

Saya terima banyak aduan aktiviti dakwah Kristian – Dr Chandra Muzhaffar

KUALA LUMPUR 17 Mei –  Kumpulan Kristian didakwa sangat ‘agresif’ dan bersifat terancang dalam kerja dakwah mereka kata seorang ahli akademik pada satu forum di Kuala Lumpur.

Hal ini diceritakan oleh Dr Chandra Muzaffar pada satu forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk “Violence And Persecution In The Name Of Religion” pada Sabtu lepas di Kuala Lumpur.

Katanya, semasa beliau mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, ALIRAN suatu ketika dahulu, antara rungutan yang beliau kerap terima daripada penganut Hindu dan Buddha ialah bagaimana kumpulan Kristian sangat agresif dengan kerja dakwah mereka.

Sehingga menimbulkan keresahan dan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Hindu dan Buddha.

“I remember many-many years ago. When I was heading another NGO called ALIRAN, one of the complaints we received from a lot of Hindus and Buddhists was about Christian’s proselytization.

The way which some Christian groups proselytizing amongst Hindus and Buddhists, running them down and you know, sort of… very crafty way of converting people.”

Menurut Dr Chandra Muzaffar lagi, masyarakat berbilang agama haruslah belajar menghormati antara satu sama lain.

Lain budaya dan agama, setiap masyarakat harus menghormati sensitiviti masing-masing mengikut acuan perlembagaan dan kerangka tertentu.

Masyarakat Muslim Malaysia juga tidak terlepas dengan dakwah Kristian walaupun Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara dengan jelas melarang sebarang dakwah agama lain ke atas Muslim.

Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani yang kini dikhabarkan sudah dilarikan ke Australia, diKristiankan oleh kumpulan Kristian tempatan.

Mengikut sijil pembaptisan Lina Joy yang boleh didapati di media-media sosial atas talian, ianya dikeluarkan oleh Church of Our Lady Fatima, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, kesahihan sijil tersebut tidak dapat dipastikan.

Baru-baru ini, seorang kolumnis di portal berita Free Malaysia Today,

Fa Abdul menulis posting di Facebook mendakwa anaknya, Arshad Ameen, 12 tahun didekati oleh seorang ‘Chinese Uncle’ yang cuba ‘berdakwah’ agama Kristian kepada anaknya itu.

“My son explained that he was a Muslim but wasn’t entertained. The uncle continued talking about why my son should embrace Christianity and save his soul. He even offered to meet my son again in order to guide him.”

Hal yang sama pernah dilalui oleh Farouk A Peru, seorang kolumnis liberal di Malay Mail Online yang didekati seorang Pastor pada tahun 90an.

https://www.menara.my/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *