Home » Citra Yadim » Saya ingat tiada baju raya untuk tahun ini…

Saya ingat tiada baju raya untuk tahun ini…

MELAKA – Aidilfitri tahun ini pasti berbeza buat Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi dari Malim di sini.

Tahun ini wajah anak – anaknya tersenyum lebar dan ceria.

Tahun ini dia dan keluarganya menyambutnya dengan pakaian baharu, tidak seperti tahun tahun sebelumnya.

Kisah keluarganya yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan hidup dalam kedaifan tular baru baru ini, lalu mendapat perhatian YADIM.

Segera bertindak mencari dan menghubungi keluarga Ini, YADIM pada 25 April menyantuni wanita ini dan empat anaknya dengan membawa mereka ke AEON Bandaraya Melaka bagi membeli persiapan Aidilfitri.

Umi ketika ditemui selepas membeli persiapan, pada awalnya kelihatan terlalu sebak untuk berbicara… Hanya ungkapan terima kasih dan rasa syukur yang tidak putus putus diucapkannya.

“Saya ingat tidak ada baju raya tahun ini, tetapi alhamdulillah…syukur sangat,” ujarnya sebak.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang hadir ke program ini berkata, inisiatif ini adalah satu kerjasama baik pelbagai pihak.

“Apabila pihak media keluarkan berita, YADIM sebagai sebuah yayasan kerajaan segera ambil tindakan, sumber untuk program juga datang daripada rakyat juga, kita sumbangkan balik,” ujarnya.

Hadir sama ialah Pengurus Gedung, Aeon Bandaraya Melaka, Emaleena Eliza Elias.

Ibu tunggal ini menyara kehidupan dengan mengutip barangan terpakai untuk dijual bagi menanggung dirinya dan empat anak perempuan berusia 6 hingga 15 tahun.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *