Home » Citra Yadim » SAY terus dekat dengan masyarakat

SAY terus dekat dengan masyarakat

SUNGAI PETANI – Sukarelawan YADIM (SAY) akan kekal dioperasikan sebagai ejen dakwah paling rapat dengan masyarakat.

Justeru, mereka bukan sekadar menyantuni masyarakat, tetapi juga sebagai penghubung antara komuniti dan badan dakwah ini.

Sesuai dengan peranan itu, SAY Sungai Petani bersama YADIM Kedah pada 27 November menyampaikan 40 kit makanan kepada asnaf di sekitar Pusat Gerakan SAY Negeri Kedah, di sini.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria hadir menyampaikan sumbangan berkenaan.

Selain sumbangan, pihak YADIM juga telah menyerahkan sijil watikah penubuhan kepada setiap pengerusi SAY yang telah ditubuhkan dinegeri ini.

Tuju pasukan yg telah ditubuhkan ialah SAY Sg Petani, SAY Pendang, SAY Padang Serai, SAY Baling, SAY Merbok, SAY Jerai dan SAY Kuala Kedah.

Seramai 85 peserta hadir menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *