SUNGAI PETANI – Meskipun hujan lebat menimpa lokasi program, namun Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani tetap bersemangat menyedia dan memasak juadah untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan di sini pada 8 Mei.
Sebanyak 100 set nasi ayam, kurma dan air kotak disedia untuk diagihkan kepada kepada petugas sekatan jalanraya, pengawal keselamatan dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.
Selain kakitangan YADIM Kedah, seramai 10 SAY terlibat dalam penyampaian sumbangan ini.
KOMEN