SABAK BERNAM – Ahli keluarga yang terlantar sakit sudah tentu memerlukan penjagaan rapi yang berterusan.
Lebih lebih lagi untuk warga emas yang perlu disokong dan bergantung penuh kepada ahli keluarga. Keadaan tentu lebih sukar jika ahli keluarga itu sendiri bukan tergolong dalam kalangan mereka yang mampu.
Sentiasa prihatin dengan keperluan ini, Sukarelawan YADIM Sabak Bernam pada 6 November telah menyantuni tiga keluarga di daerah tersebut dengan pemberian sejumlah susu Optimaxe Lite.
Susu ini digunakan khusus oleh mereka yang mengidap angin ahmar, kencing manis, warga emas yang mempunyai alahan dan beberapa lagi penyakit kronik. Dengan harganya yang agak mahal, sukar untuk keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakannya.
Keluarga pertama yang disantuni mempunyai seorang warga emas yang terlantar dan hanya dapat minum susu ini, manakala penerima kedua dan ketiga pula ialah masing masing seorang Orang Kelainan Upaya dan pesakit kencing manis yang memerlukan susu tersebut sebagai hidangan harian.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari dan ahlinya, Encik Hairuddin Suliman.
Para penerima mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan ditunjukkan SAY Sabak Bernam.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban para penerima.
KOMEN