Home » Citra Yadim » SAY Kuala Selangor santuni penduduk dikuarantin

SAY Kuala Selangor santuni penduduk dikuarantin

TANJUNG KARANG – Kes positif Covid-19 di negara ini yang kembali meningkat menyebabkan semakin ramai penduduk terkesan, termasuklah di Kuala Selangor.

Cakna dengan nasib penduduk yang memerlukan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor pada 11 Februari telah menyantuni keluarga Encik Azman Aziz di Kampung Parit Serong di sini yang menjalani kuarantin akibat Covid-19.

Akibatnya, Azman yang hanya melakukan kerja kerja kampung cukup terkesan kerana tidak dapat keluar mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya.

SAY Kuala Selangor menyampaikan sumbangan barangan makanan bagi meringankan bebanan tiga beranak ini.

Selesai menyantuni Azman di sebelah pagi, SAY Kuala Selangor kemudiannya menghantar pula barangan makanan untuk ibu bapa dan anak saudara Azman yang juga terkesan dengan Covid -19 di Kampung Parit 4 Sekinchan.

SAY Kuala Selangor diwakili Pengerusninya, Puan Asmah Husin, Setiausaha Puan Norshidah Samad dan Bendaharinya, Puan Suriani Hamzah.

Semoga sedikit tanda ingatan dan keprihatinan SAY Kuala Selangor ini dapat meringankan bebanan Azman dan keluarganya. 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *