KUALA SELANGOR – Terus prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 15 September telah menyantuni sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran baru baru ini.
Kediaman Arbain Ahmad diTaliair 3 Ban 1 1/4 Sungai Burung di sini pada 11 September lalu telah terbakar, dipercayai berpunca akibat ubat nyamuk yang diletakkan di bawah katil.
Buat sementara ini, keluarganya menumpang di kediaman adiknya di sini, manakala isteri Arbain kini sedang dirawat di Hospital Klang.
SAY Kuala Selangor, diketuai pengerusinya, Asmah Husin dan ahli jawatanakuasanya menyumbangkan barangan makanan, pakaian, selimut dan sedikit wang tunai untuk keluarga Arbain.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung keluarga mangsa.
KOMEN