KUALA SELANGOR – Ancaman Covid-19 terus wujud dan hingga kini masih ramai yang terkesan dengannya.
Begitu juga keadaannya di daerah ini, orang ramai masih berwaspada kerana bahaya jangkitan masih wujud.
Cakna dengan keadaan ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Selangor baru baru ini menyantuni tiga keluarga di kawasan ini yang dikuarantin akibat Covid-19.
Sumbangan berupa tiga kilogram (kg) ikan, satu kg ayam, buah buahan, telur dan sebagainya disampaikan di kediaman mereka di Parit 4 (kampung), Parit 4 Ban 3 (sawah) dan Kuala Parit 4.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Selangor, Asmah Husin dan ahli jawatankuasanya Radzilawati Mohamed Ridwan.
KOMEN