BUKIT CHANGGANG – Meskipun kini banyak menumpukan perhatian kepada sumbangan pendidikan, namun program kebajikan tidak dilupakan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.
Pada 7 November mereka menziarahi keluarga seorang warga emas, pesakit buah pinggang di Tanah Rancangan Belia di sini.
Turut diziarahi ialah keluarga seorang lagi warga emas di Dengkil yang bakal menjalani pembedahan kaki akibat terjatuh.
Keduanya menerima sumbangan barangan keperluan harian.
Mereka mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan SAY Kuala Langat menyantuni mereka.
Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin, Setiausahanya Hanizah Sumiri dan ahli jawatankuasa pasukan ini.
KOMEN