KLANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 24 November telah menyantuni warga Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Sri Andalas Klang.
Program dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ini menyumbang sebanyak *** daging segar dan barangan keperluan kepada warga sekolah berkenaan.
Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin serta wakil YaPEIM, Haji Yaacob Alias.
Guru Penolong Kanan 2 SRA Taman Sri Andalas, Ustazah Sabariah Arshad mewakili sekolah berkenaan.
SAY Kuala Langat dan YaPEIM sebelum ini juga telah beberapa kali bekerjasama menyantuni golongan yang memerlukan.
KOMEN