KAMPUNG MEDAN – Inisiatif menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) yang terkini diadakan di sini pada 7 Ogos.
Kali ini seramai 30 keluarga menerima sumbangan makanan bermasak oleh pasukan tersebut.
Ia ditaja oleh seorang aktivis tempatan, Wan Zanariah Wan Tajuddin.
Turut disantuni pada hari yang sama ialah lima keluarga yang menerima barangan keperluan harian, termasuk satu keluarga warga Indonesia yang terputus bekalan makanan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Selesai melaksanakan gerak kerjanya, SAY Kuala Langat menziarahi seorang ahlinya, Enon Mat yang sedang sakit di sini.
KOMEN