Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat berikan sumbangan

SAY Kuala Langat berikan sumbangan

KEKAL Aktif menyantuni mereka yang memerlukan, Sukarelawan YADIM Kuala Langat pada 1 Oktober menyampaikan sumbangan kepada seramai 80 keluarga yang memerlukan di daerah berkenaan.
Bermula di Kampung Endah, Banting, seramai 50 keluarga menerima sumbangan pek makanan sejuk beku bertempat di Dewan Homestay Jalan Randu, Kampung Endah. Ia disampaikan oleh Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin.
Seterusnya, sumbangan disampaikan pula di Kampung Tongkah, Morib yang diterima oleh Ustaz Ahmad Salleh, selaku Penggerak Utama Masyarakat Mualaf Orang Asli untuk 30 buah keluarga mualaf Orang Asli.
Set makanan sejuk beku yang disampaikan hari ini adalah disumbangkan oleh Syarikat Catering Citra Nusantara Sdn.Bhd., rakan strategik baharu SAY Kuala Langat.
Hadir sama dalam program ini ialah barisan ahli jawatankuasa SAY Kuala Langat dan Datin Juvita Wahab, pemilik Juvita Seafood, juga rakan strategik SAY Kuala Langat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *