Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat bantu keluarga dikuarantin akibat Covid

SAY Kuala Langat bantu keluarga dikuarantin akibat Covid

KEBUN BHARU – Sebuah keluarga empat beranak di kampung ini di dalam kesulitan selepas beberapa hari dikuarantin akibat Covid-19.

Kurang 24 jam  mengetahui mengenai keadaan keluarga ini pada petang 4 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat segera turun padang pagi keesokan harinya untuk menyantuni mereka.

Dalam kunjungan itu, Setiausaha Kerja SAY Kuala Langat, Haniah Sumiri  bersama ahli jawatankuasanya telah menyampaikan barangan keperluan harian kepada keluarga Sarah Fariza Mohammed Jaafar di Batu 10 di sini.

Sarah Fariza hanya berniaga kecil kecilan dalam talian manakala suaminya sudah tiga bulan terputus punca pendapatan apabila bengkel tempat kerjanya ditutup.

Wanita ini memohon bantuan daripada TeleBantuan YADIM yang menawarjan bantuan asas kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19. Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *