Home » Langit Terbuka » Satukan industri halal, pembiayaan perdagangan Islam

Satukan industri halal, pembiayaan perdagangan Islam

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maybank Islamik, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti berkata, kerajaan perlu memain peranan mereka dan mengkaji penyatuan industri halal dan pembiayaan perdagangan Islam dengan mendalam termasuk terlibat sama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan. - Foto BBazaar Malaysia

KUALA LUMPUR – Industri halal dan pembiayaan perdagangan Islam perlu disatukan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan Islam global.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maybank Islamik, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti berkata, kerajaan perlu memain peranan mereka dan mengkaji perkara tersebut dengan mendalam termasuk terlibat sama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.

Kata beliau, terdapat keperluan mendesak untuk mencapai dasar yang tepat dalam menyokong penyatuan berkenaan.

“Potensinya sangat jelas bahawa terdapat peluang besar dalam industri halal dan kewangan perdagangan Islam memandangkan hanya 1.5 peratus sumbangan perdagangan Islam di seluruh dunia pada 2016,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Halal Dunia ke-11 (WHC) 2019 di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *