Home » Langit Terbuka » Sarajun Hoda ditahan polis

Sarajun Hoda ditahan polis

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Aktivis Bersih, Sarajun Hoda akhirnya ditahan sepasukan anggota polis di rumahnya pada jam 7.15 malam semalam.

Penahanan tersebut dimaklumkan oleh beliau sendiri melalui satu pesanan khidmat ringkas kepada rakannya.

Beliau sebelum ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia atas beberapa komen negatif di facebook milik beliau terhadap institusi Islam di Malaysia.

Antara komen yang paling biadap adalah desakan beliau yang dilihat mahu menghapuskan kuasa Sultan/Raja Melayu apabila secara terbuka mendesak agar mahkamah syariah dibubarkan.

Akibatnya, pelbagai pihak bertindak membuat laporan polis terhadap beliau.

Selain itu beliau turut pernah mengeluarkan kenyataan supaya pihak yang mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia agar melangkah mayat beliau terlebih dahulu.

Beliau turut mendesak supaya Jakim dibubarkan dan menggelar mufti sebagai ‘bahlul’ di dalam status facebook miliknya pada 27 Januari 2018.

Susulan penahanan tersebut, beliau dipercayai disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia Malaysia.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 298, Sarajun boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, manakala di bawah Seksyen 233, seseorang itu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali. – SAHABATSYARIE.WORDPRESS.COM

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *