Home » Citra Yadim » Santuni penghuni Penjara Alor Setar

Santuni penghuni Penjara Alor Setar

KOMUNITI Penjara terus diberi perhatian dan disantuni YADIM, sesuai dengan inisiatif melestari gerakan dakwah yang dilaksanakan tanpa mengira latar belakang golongan sasaran.
YADIM Kedah dan Perlis pada 26 Julai telah menyantuni penghuni Penjara Alor Setar menerusi program YADIM Interaktif yang melibatkan 180 penghuni lelakinya.
Pengisian disampaikan oleh panel penceramah YADIM Kedah, Ustaz Firdaus Che Rush yang membawakan tajuk Hijrah itu Perjuangan.
Terdahulu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus memberi ucapan aluan dan kata kata semangat kepada para penghuni penjara serta menyeru mereka agar meningkatkan ibadah kepadaNya.
Ujarnya, ini merupakan peluang untuk berhijrah menjadi hambaNya yang taat.
Hadir sama ialah Pengarah Penjara Alor Setar, Penolong Komisioner Penjara Mohd Suhairi Awang.
Ini bukan pertama kali YADIM bekerjasama dengan Penjara Alor Setar bagi menyantuni penghuninya.
Beberapa program sebelum ini seperti sumbangan barangan keperluan ketika Perintah Kawalan Pergerakan pernah diadakan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *