SEREMBAN – Satu program berkonsepkan jelajah dan kembara telah diadakan bagi menyantuni seramai 200 asnaf oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan.
Ia dianjurkan bersama badan bukan kerajaan Sukarelawan Al Baasith, Pepatih Truckers Community dan MyFundAction pada 28 Disember.
Acara dimulakan di Masjid Negeri Seremban dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Zaidi Ramli merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM.
Peserta konvoi program kemudiannya bergerak ke Kampung Kabong, Inas, Johol sebagai lokasi pertama penyampaian sumbangan. Mereka juga makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor di sini.
Konvoi kemudiannya diteruskan ke Kampung Dangi, Kuala Pilah untuk satu lagi sesi penyampaian. Di sini, sumbangan turut disampaikan kepada komuniti bukan Muslim yang memerlukan.
Selesai di Dangi, para peserta program bergerak ke Senaling, juga di Kuala Pilah yang merupakan lokasi terakhir penyampaian.
Program ini turut disertai oleh Presiden Sukarelawan Al Baasith, Khairul Nizam Khairuddin, President Pepatih Truckers Community, Khairul Azri serta Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris.
KOMEN