Home » Citra Yadim » Santai Bersama YADIM @ Street Da’wah dapat sambutan baik

Santai Bersama YADIM @ Street Da’wah dapat sambutan baik

SUNGAI PETANI 21 April – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah mengadakan Program Santai Bersama YADIM @ Street Da`wah pada 13 hingga 17 April lalu melibatkan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Hussain berkata, program berkenaan telah berlangsung di perkarangan Padang Awam Masjid Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang melibatkan pelbagai aktiviti berbentuk dakwah kemasyarakatan.

Menurutnya, antara akitviti yang dijalankan untuk program ini ialah program anak angkat, karnival desa, street dakwah, ceramah santai, gotong -royong desa dan sebagainya.

Beliau berkata, dalam program itu  seramai 80 orang mahasiswa dan mahasisiwi terlibat menjayakan program ini yang turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau.

Menurutnya, secara keseluruhannya program Santai bersama YADIM @ Street Da`wah telah  berjaya menghimpun 300 hadirin yang terdiri daripada masyarakat sekitar.

“Ceramah santai telah disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Zolkarnain dan antara lain beliau menyentuh berkaitan Pengukuhan Aqidah dan membentuk Keluarga Bahagia.

“Tajuk ceramah yang disampaikan juga mengajak masyarakat beramal dengan pegangan aqidah Islamiyah yang kuat untuk mendapat keluarga yang bahagia dan menurut sunnah Baginda Nabi S.A.W.

Beliau berkata, dalam program itu, pihak urus setia juga telah turut mengedarkan risalah berkaitan solat dan jauhi zina.

Katanya, objektif program berkenaan adalah antara lain untuk menyampaikan dakwah Islam dalam bentuk santai, menarik minat belia dan masyarakat kepada program-program berunsurkan keagamaan dan memasyarakatkan YADIM

“Pada keseluruhannya penerimaan daripada orang ramai terhadap program sebegini adalah lebih baik berdasarkan sambutan yang diterima oleh masyarakat.

“Mereka berharap penganjuran program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang kerana bagi mereka program santai sebegina dapat memberi manfaat dan mengajak masyarakat utnuk dekat dengan masjid,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *