PORT DICKSON – Masjid Dato’ Abdullah Sijang di sini pada 31 Julai telah disanitasi oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan.
Seramai lima ahli sukarelawan terlibat dalam kerja kerja sanitasi yang dijalankan di dewan solat utama dan di luar masjid.
Inisiatif ini adalah sebahagian pengisian program Musa’adah YADIM Negeri Sembilan di masjid tersebut kepada 200 pekerja pembersihan dan pekerja kantin di sekitar kawasan ini.
Bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19, pasukan ini sedia menjalankan kerja kerja sanitasi di masjid dan surau di negeri ini sekiranya diperlukan.
KOMEN