KOTA BHARU – Ruang solat, asrama pelajar dan bilik pengajian di Maahad Tahfiz Miftahul Huda di sini disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 September.
Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pusat pengajian berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan pelajar kelak.
Seterusnya kerja-kerja sanitasi di teruskan di Masjid Nilam Baru, Mulong Kota Bharu. Ruang solat dan kawasan sekitar masjid telah disanitasi sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rumah ibadah berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan ahli jemaah.
Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kota Bharu.
Program bermula pukul 9.30 pagi ini turut disertai Pengarah YADIM Kelantan, Ust Haji Mahadi Awang.Turut Hadir Mudir Maahad Tahfiz Miftahul Huda, Ustaz Baihaki Zakaria, Iman Tua Masjid Nilam Baru, Ustaz Mohd Sabri Ghafar serta Setiausaha SAY Jajahan Kota Bharu , Badlila Bakri. Seramai 3 ahli SAY turut terlibat dalam program ini.
YADIM Kelantan sebelum ini telah melaksanakan kerja sanitasi antaranya di daerah Kuala Krai, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Jeli dan Gua Musang.
KOMEN