KUALA LUMPUR – Usaha dakwah tanpa mengira latar belakang sentiasa menjadi keutamaan YADIM.
Sesuai dengan semangat tersebut,
Daie Komuniti YADIM pada 6 Februari telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bagi bertujuan mengeratkan hubungan sesama kaum dan mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada agama Islam.
Seramai 60 orang penduduk pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu hadir ke program ini yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang di sini.
Program ini diadakan dengan kerjasama Daie Komuniti YADIM dan Majlis Perwakilan Penduduk, Parlimen Setiawangsa.
Tetamu yang hadir menerima sumbangan barangan, risalah dakwah YADIM manakala golongan B40 turut menerima barangan keperluan harian.
Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya hadir mewakili badan dakwah ini.
Turut sama ialah Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, Parlimen Setiawangsa, Yusaini Amir dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang, Tuan Haji Ismail Shaari.
KOMEN