Kemeriahan Tahun Baharu Cina masih lagi terasa dan terus disambut oleh rakyat Malaysia.
Pada 16 Februari, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) daerah Kuantan telah mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina kepada komuniti Cina di Pekan Gambang. Sambutan ini diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Negeri Pahang, Dewan Perniagaan Cina Gambang, PERKIM, MACMA, Gabungan Dakwah Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dan Hidayah Centre Foundation.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh Kadi Daerah Bandaraya Kuantan, Ustaz Haji Syarafuddin Mohamad Saad. Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang sambutan ini, antaranya pertandingan melukis bagi kanak-kanak, pertandingan kaligrafi Cina bagi orang dewasa, cabutan nombor bertuah, sumbangan angpau kepada warga emas dan kanak-kanak serta pameran.
Turut hadir dalam sambutan ini ialah Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda, wakil Hidayah Centre Foundation, Dr. Ibrahim Abu Bakar, Pengurus MUIP Cawangan Kuantan, Ustaz Muhammad Khairudin Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutaun Gambang, Encik Yap Choon Meng.
KOMEN