KANGAR – YADIM Perlis telah terlibat sama menjayakan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2022 negeri ini pada 1 Februari.
Bertempat di perkarangan Dewan Kawasan Rukun Tetangga Padang Kota di sini, ia diadakan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Perlis, YADIM Perlis,Hidayah Center dan Kawasan Rukun Tetangga Padang Kota.
Program ini ia diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Yang Berhormat Rozieana Ahmad, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis, Zulkhairi Zainal, Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tuanku Fauziah, Tuan Wan Hassan Ismail dan Pengerusi MACMA Perlis, Siti Balkhis Abdullah.
YADIM diwakili oleh Pengarah Perlis, Hafsah Husain.
KOMEN