SIJANGKANG – Bertempat di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 24 Oktober.
Program di mulakan dengan solat Dhuha,bacaan berzanji dan selawat.
Kumpulan nasyid tempatan, Al Taranum juga mengadakan persembahan.
Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada anak anak yatim,ibu tunggal dan beberapa orang asnaf.
Mereka menerima barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.
Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, Asrin Ishak
Program ini juga dihadiri oleh SAY Kampung Melayu Kundang yang diketuai Abu Zarin Bakar serta ahli jawatankuasanya.
KOMEN