KOTA BHARU – Bagi mendidik anak-anak mengenali dan mencintai Rasulullah SAW, YADIM Kelantan bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Indera Petra telah mengadakan Festival Mahabbah Rasul dan Maulid Nabi pada 19 Oktober di sini.
Lebih 200 orang warga SK Tengku Indera Petra telah menyertai program ini yang dimulakan dengan perarakan sambil berselawat pada jam 8.45 pagi.
Menariknya, penganjur turut membawa dua ekor kuda sebagai daya penarik majlis dalam perarakan tersebut.
Pengisian lain program termasuklah sesi ceramah, pertandingan dan persembahan pelajar.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.Turut hadir Guru Besar SK Tengku Indera Petra, Puan Zaini Ismail.
KOMEN