Home » Citra Yadim » Sambutan luar jangka Seminar Wanita dan Lelaki Qawwam

Sambutan luar jangka Seminar Wanita dan Lelaki Qawwam

PULAU PINANG – Sebuah program seminar berbentuk akademik kerap dianggap membosankan dan sukar menarik peserta kerana format penganjurannya.

Namun jika diatur dengan sebaiknya, diberi pengisian menarik dan membariskan ahli panel berkaliber, sudah pasti ia mampu menarik kehadiran ramai hadirin.

Ia dibuktikan YADIM Pulau Pinang yang menganjurkan Seminar Wanita Dan Lelaki Qawwam di Masjid Al Muhajirin di Bandar Seberang Jaya di sini pada 11 Ogos.

Program yang meletakkan sasaran awal seramai 300 peserta ini, akhirnya menerima kehadiran mencecah hampir dua kali ganda, apabila ia dihadiri 563 peserta.

Mereka yang hadir bukan sahaja kakitangan awam, malah turut disertai ramai peserta dari sektor swasta dan rakan rakan badan bukan kerajaan.

Program ini merupakan anjuran YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Dakwah Negara, Pertubuhan Suri Prihatin Pulau Pinang dan Masjid Al Muhajirin Bandar Seberang Jaya.

Terbahagi kepada dua slot iaitu Bicara Dakwah yang disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki bertajuk Membina Keluarga Idaman. Beliau menyentuh mengenai cara membina keluarga bahagia dan berkongsi tips untuk mendapatkan keluarga yang Sakinah Mawaddah Warrahmah.

Seterusnya, slot kedua pula ialah YADIM Interaktif (forum) bertajuk Membina Lelaki Qawwam, Wanita Mulia. Panel slot kedua ialah Ustaz Termizi Abdul Razak, Ustazah Asmak Husin dan dimoderatorkan oleh Dr. Ustaz Mohd Syakir Mohd Rosdi.

Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Zikri Zulkifli selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, program ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan dan Dakwah Pulau Pinang, Yang Berhormat Mohd Tuah Ismail. Perasmian penutup pula oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Dr Afif Baharudin.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *