Home » Citra Yadim » Sambutan luar biasa program YADIM Johor

Sambutan luar biasa program YADIM Johor

SKUDAI – Program Budaya dan Harmoni Dalam Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan di Kolej Universiti Selatan di sini, mendapat sambutan yang amat luar biasa apabila para peserta memenuhi dewan tempat program dilaksanakan.

Dianggarkan lebih 600 orang peserta bukan Islam membanjiri Dewan Dato’ Seri Joseph Chong ketika program dilaksanakan pada 1 Oktober lalu.

Program kali ketiga dilaksanakan ini merupakan sinergi bersama YADIM Zon Selatan dengan Yayasan YARA, Pusat Pendidikan Umum Kolej Universiti Selatan, Institut Budaya dan Kumpulan Etnik China, Persatuan Pelajar Kolej Universiti Selatan dan Persatuan Cina Muslim Johor dan beberapa pihak lain.

Panel program ini terdiri daripada Prof Dr Taufik Yap Yun Hin dari Universiti Putra Malaysia, Dr Juyusuman Puspanathan (Universiti Teknologi Malaysia) dan En Lim Jooi Soon, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Melaka.

Antara isu isu yang dibincangkan ialah makanan halal, poligami dalam Islam, sentuhan terhadap anjing dan babi, LBGT dan lain lain.

Panel panel telah memberi penjelasan kepada soalan soalan yang timbul berkaitan isu berkenaan, yang kebanyakannya merupakan masalah persepsi semata mata.

Menurut Dr Taufik Yap, Islam merupakan agama yang lembut dan menggalakkan perdamaian.

“Untuk memahami Islam, anda tidak boleh hanya mendengar cakap cakap orang kebanyakan, sebaliknya penjelasan menerusi ayat-ayat Al-Quran, atau berbincang dengan tokoh tokoh ulama.

“Antara persepsi yang kuat di negara ini sekarang ialah, Islam itu Melayu, dan Melayu itu Islam, justeru mudah berlaku salah faham ,” jelas beliau.

Sementara itu, Dr Juyusuman memberi menjelaskan, isu salah faham mengenai Islam berlaku zalim apabila membenarkan poligami, sedangkan sebenarnya, dilarang berkahwin lebih daripada satu sekiranya dikhuatiri tidak boleh berlaku adil.

Hadir sama ke program ialah Pengarah YADIM Zon Selatan, Tuan Mohamad Amar Abdullah, Presiden Persatuan Pelajar Kolej Universiti Selatan, Zheng Weihe, Presiden Kolej Universiti Selatan, Zhu Jiahua serta wakil Kementerian Pendidikan, Tuan Haji Mahmood Kassim.

Program ini turut mendapat liputan meluas di akhbar berbahasa Cina seperti China Press dan Sin Chew Daily.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *