PONGSU SERIBU – Peristiwa Badar Al Kubra membuktikan orang-orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan.
Bagi meneladani peristiwa bersejarah itu, YADIM Pulau Pinang bersama Muktamar Dakwah Malaysia (MDM) bekerjasama menganjurkan Program Sambutan Badar Al Kubra Peringkat Seberang Perai pada 17 April bertempat di Pusat Tarbiah Pongsu Seribu di sini.
Seramai 120 orang dari komuniti setempat menghadiri majlis ini.
Pengisian program ini dimulakan dengan jamuan berbuka puasa, Solat Fardu Maghrib, Isyak dan Solat Tarawih berjemaah sebelum diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh bekas profesor di Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Kamarruzan Yusof yang menyentuh mengenai ‘Badar Al Kubra’.
KOMEN