Home » Langit Terbuka » Sambut Syawal penuh kesederhanaan – Mufti Wilayah Persekutuan

Sambut Syawal penuh kesederhanaan – Mufti Wilayah Persekutuan

Mufti Wilayah Persekutuan berkata, konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana.

KUALA LUMPUR – Umat Islam disaran agar tidak berlebih-lebihan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana.

“Setiap individu seharusnya mengukur baju di badan sendiri. Perbezaan pekerjaan masing-masing mendorong kepada perbelanjaan menyediakan pakaian, makanan dan minuman kepada tetamu mengikut kemampuan namun jangan sampai melakukan pembaziran,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada masa sama, Zulkifli menasihatkan umat Islam supaya memandu secara berhemah di jalan raya terutama ketika pulang ke kampung halaman.

“Pastikan peraturan jalan raya dipatuhi kerana setiap pengguna mempunyai tujuan yang sama agar selamat tiba ke destinasi dituju. Gunakan kebijaksanaan anda, pandulah secara berhemah dan sentiasa ingat bahawa ketika bermusafir kita tetap perlu menjaga solat dan bergantung hanya kepada Allah,” katanya.

Beliau berkata pelbagai kemudahan seperti surau disediakan di kawasan rehat dan rawat bagi memudahkan umat Islam beribadat walau di mana mereka berada. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *