Home » Langit Terbuka » Salahuddin Setuju Cadangan Potong Elaun MP Tidak Hadir

Salahuddin Setuju Cadangan Potong Elaun MP Tidak Hadir

Timbalan Presiden Amanah itu berkata tindakan itu boleh diambil jika Anggota Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan potongan elaun bulanan Anggota Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat apabila ketidakhadiran mereka mengganggu perjalanan mesyuarat.

Timbalan Presiden Amanah itu berkata tindakan itu boleh diambil jika Anggota Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh.

“Itu saya setuju, jika betul tanpa sebab kukuh saya rasa munasabah untuk parti mereka sendiri ambil tindakan.

“Kalau ada perancangan pemotongan elaun itu terpulang kepada peraturan Parlimen,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau mengulas status Twitter bekas menteri kebinet Tan Sri Rais Yatim yang menyatakan cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat tidak cukup korum adalah melalui potongan elaun bulanan Anggota Parlimen mengikut kadar arahan Jawatankuasa Pemilih Dewan. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1483290

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *