Home » Ensiklopedia » Sakit haid (dysmenorrhoea)

Sakit haid (dysmenorrhoea)

Di kalangan Remaja:

Kesakitan semasa kedatangan haid dipanggil Dusmenorrhoea atau biasa disebut senggugut.

Di kalangan remaja, sakit haid (primer) dialami sebaik sahaja pengaliran darah haid bermula. Kesakitan ini akan berterusan  selama 24-48 jam dan selepas itu remaja ini akan merasa lega. Gejala ini menandakan ovulasi( bertelur) berlaku dalam putaran haid itu.

Kesakitan ini dapat diatasi dengn mengambil pil-pil mengatasi sakit seperti  ponstan, aspirin. Ada juga doktor akan memberikan pil perancang keluarga untuk mencegah ovulasi dan seterusnya akan mengelak kesakitan.

 

SAKIT HAID DI KALANGAN  ORANG  DEWASA KERANA PENYAKIT ATAU TIDAK KEPUASAN SEKS

Sakit haid di kalangan orang dewasa pula biasanya ada hubungkait dengan penyakit.Sementara itu ada juga yang disebabkan oleh masalah psikoseksusal atau lebih dikenali sebagai ketidakpuasan seks.Walaupun ini merupakan kes yang sedikit tetapi para suami harus mengenalpasti supaya perkara ini tidak berlaku. Sikap berterus terang di antara suami dan isteri haruslah ada. Jika perlu berjumpalah dengan doktor atau pakar kaunseling.

Sakit haid di kalangan orang dewasa ini, biasanya bermula beberapa hari sebelum pengaliran darah haid dan  bertambah serius apabila semakin hampur dengan pendarahan itu.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *