Home » Langit Terbuka » Safiey bukan bodoh : Harry Zulkifli

Safiey bukan bodoh : Harry Zulkifli

Harry Zulkifli

 

BEKAS maknyah, Harry Zulkifli menegaskan bahawa sahabat baiknya, yang sama-sama berubah, Safiey Ilias bukanlah seorang yang bodoh untuk menggunakan agama semata-mata untuk mendapatkan publisiti sekali gus melariskan perniagaan.

Ini kerana setelah mengumumkan untuk berubah namun kini Safiey dikatakan kembali berpakaian wanita, sehingga ada yang mengatakan Safiey sekadar berlakon.

“Dengar cakap saya, saya ada dengan dia masa dia nak berubah. Saya yang tawarkan diri saya untuk teman dia buang implan dan sebagainya.

“Dia bukan berhijrah untuk lariskan produk, memang bukan cuma mungkin dia stress ke apa ke, patutnya kita doakan dia.

“Safiey seorang yang bijak, tidak akan membodohkan diri dia sendiri untuk melariskan produk, memalukan diri sendiri,” ujar Harry dalam program FB Live Sinar Harian.

Bekas maknyah yang pernah dikenali dengan nama Yana ini juga turut terpalit dengan kata-kata bahawa dia juga kononnya berubah kerana inginkan publisiti dan luaskan perniagaan.

“Saya tak ada produk. Saya hanya makan gaji dengan kerajaan. Kalau betul saya nak gunakan agama, saya dah buat dua tahun lepas ketika bersama-sama dengan Safiey viral.

“Saya minta maaf kepada yang masih bersangka buruk dengan saya. Yang buruk memang banyak dari saya.

“Demi ALLAH, saya berhijrah untuk mak, keluarga di kampung dan kerana ALLAH,” ujar Harry lagi. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *