Home » Langit Terbuka » RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

Gambar Hiasa Parlimen Malaysia. – AFP

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal.

Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata kebanyakkan peruntukannya telah menjadi amalan sekian lama tanpa menimbulkan apa-apa bantahan.

“Ia dikumpul dan diletakkan dalam satu akta bersama-sama dengan amalan sekian lama untuk diperundangkan supaya lebih jelas dan mudah dirujuk,” katanya dalam penulisan rencananya hari ini.

Menjelaskan berkenaan undang-undang itu, Abdul Hamid berkata RUU tersebut adalah sama seperti undang-undang negeri dan hanya terpakai di Wilayah Persekutuan.

Pindaan perlu dibuat oleh Parlimen kerana Wilayah Persekutuan tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu mengulas mengenai keterlibatan Majlis Raja-Raja berhubung RUU itu, Abdul Hamid berkata beliau bersetuju agar perkara itu tidak dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk mendapat persetujuan atau sokongan kerana ia terletak di luar bidang kuasa Majlis itu.

Tindakan itu juga mungkin akan menyebabkan perbezaan pendapat dan menampakkan perpecahan dalam Majlis itu, apatah lagi mengenai satu perkara yang terletak di luar bidang kuasa Majlis itu.

Tambahnya tidak ada keperluan juga bagi negeri-negeri yang hendak membuat undang-undang yang sama merujukkannya kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Berhubung cadangan dialog berkenaan RUU itu, Abdul Hamid berkata beliau lebih bersetuju jika perbincangan atau sesi dialog dibuat dengan mufti-mufti negeri yang menyokong cadangan RUU itu tanpa melibatkan Menteri Agama.

Dialog yang dicadang sebelum ini katanya dibimbangi tidak akan menghasilkan keputusan yang terbaik dalam perkara itu. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *