WASHINGTON – Penulis dan ahli akademik Amerika Syarikat (AS), James Petras berkata Rusia mampu memusnahkan sekurang-kurangnya 50 bandar besar di AS sekiranya Moscow melancarkan peledak nuklearnya ke negara Uncle Sam itu.
Presiden Donald Trump dalam ucapannya minggu lalu menyindir Presiden Vladimir Putin bahawa Washington akan menang sekiranya Moscow menghidupkan semula perlumbaan senjata.
“Sudah terang lagi bersuluh bahawa Rusia mempunyai senjata nuklear yang mencukupi untuk memusnahkan sekurang-kurangnya 50 bandar besar di AS.
“Dan Moscow telah menunjukkan keupayaan untuk membangunkan senjata paling moden,” katanya.
Ketegangan antara AS dan Rusia telah meningkat sejak beberapa minggu ini, berikutan serangan agen saraf ke atas bekas pegawai perisikan tentera Rusia, Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya Yulia, 33, di Salisbury, barat daya London pada 4 Mac lalu.
Moscow menafikan sebarang peranan dalam serangan itu. – Press TV
KOMEN