SINGAPURA – Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara berlangsung dan bergerak lebih cepat daripada apa yang dijangkakan, kata White House.
Satu mesyuarat tertutup diadakan antara pegawai AS dan Korea Utara di Hotel Ritz-Carlton pagi tadi, dipercayai bagi memuktamadkan perjanjian menjelang Sidang Kemuncak mengenai ‘damai nuklear’ itu.
“Presiden Donald J. Trump akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un pada hari ini,” kata White House dalam laman webnya.
Trump dan Kim akan bertemu buat pertama kalinya pada Sidang Kemuncak itu, yang akan diadakan di Hotel Capella, Pulau Sentosa di sini.
“Selepas kata-kata aluan, Presiden Trump dan Pengerusi Kim akan mengadakan pertemuan, dengan diiringi jurubahasa, dan disusuli mesyuarat dua hala serta jamuan tengah hari,” kata White House – BERNAMA
KOMEN